261days since
LeoSabri Bithday

Recent site activity

Home

Sign / View Guest Book
الله
Selamat Datang ke LeoSabri Sites!


Pic Taken: 16-Aug-2008
Assalammualaikum "Sejahtera Atas Kamu" dan salam sejahtera.

Mungkin tidak ramai mengetahui kewujudan "Site" seumpama ini. Sebenarnya "Site" ini tidak ubah seperti "Web Site" atau "Home Page" dan, ia adalah diantara unsur-unsur bercirikan "Weblog" atau "Web Journal".

Mungkin  juga kewujudan halaman seperti ini disebabkan ramai tidak berminat untuk menjadi penulis, sepertimana wujudnya sistem "Weblog". Sudah pasti "Weblog" adalah diantara sistem "Journal" dan "Diary", yang biasanya digunakan oleh para penulis atau saintis, dll. untuk merekodkan segala bentuk aktiviti, yang dilakukan pada setiap masa atau, pada masa-masa tertentu, sebagai penyediaan maklumat atau hasil ujikaji mereka. Namun kewujudan halaman ini berkemungkinan disediakan kepada mereka yang jarang-jarang menulis atau, kepada mereka yang berminat kepada perkara lain, yang berasaskan perkongsian sesuatu perkara, yang jarang sekali untuk direkodkan.

Memandangkan begitu banyak kewujudan laman web pada masa ini namun, ia kelihatan seperti maklumat kekal iaitu, agak sukar untuk pemiliknya mengubah isi kandungan atas sebab, untuk menukar sesuatu maklumat itu, ianya perlu mengubah data menerusi fail itu sendiri, yang berbentuk "coding". Ia! sememangnya masa yang digunakan untuk mencipta sesuatu maklumat berdasarkan pengubahan sesuatu file mengambil masa agak lama dan amat membosankan.

Kini telah tercipta pula halaman seperti ini yang ditaja oleh Google Sites. Pada halaman ini, kita dapat melakukan apa sahaja perkara tertentu yang telah disediakan, semuanya terpulang kepada kita. Kita hanya perlu memilih halaman bermotifkan sesuatu perkara yang ingin kita kongsikan untuk dipaparkan pada halaman tersebut. Sesungguhnya kemudahan diberikan amat mudah maka, terpulang pada kita untuk menggunakannya samada pada jalan kebaikan atau sebaliknya.

Dengan ini, www.leosabri.com mengambil kesempatan untuk menyediakan maklumat tersendiri berdasarkan, penyediaan sesuatu perkara yang dibenarkan pada halaman ini agar, kita dapat kongsikan sesuatu perkara bersama berasaskan, perkongsian maklumat dsb. Jangan ketinggalan untuk terus berada dihalaman ini bagi mengetahui perkembangan terbaru mahupun, isu-isu semasa yang akan dipaparkan untuk dibangkitkan atau dinobatkan pada setiap masa, pada bila-bila masa.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

LeoSabri

LeoSabri Blog! FEED

Comments (1)

LeoSabri @ leosabri.co.cc - Aug 12, 2008 7:31 PM

Jangan lupa sign Guest Book!
Thank you.