Pengertian Komunikasi
Komuniskasi dari segi bahasa berasal dari perkataan "Communicare" yang bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. Oleh yang demikian, erkataan komunikasi menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain. Komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial dan komunikator merupakan individu atau kelompok yang berusaha mengadakan komunikasi dengan individu ata kelompok.
Oleh kerana perkataan komunikasi lebih merujuk kepada bahasa Inggeris, kita perlu melihat kepada beberapa kaitan yang behubung dengan komunikasi. Dalam perkara ini dapat dilihat pada perkataa "Wasola" dalam bahasa arab yang terakam dalam a-Quran. Perkataan tersebut dari segi bahasanya membawa maksud 'sampaikan'. Dalam al-Quran pada dasarnya menyentuh hal ini yang menyatakan " Demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman (al-Quran) kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan". Dalam pada itu terdapat beberapa perkataan lain dalam al-Quran yang menggambarkan aktiviti-aktiviti komunikasi. Antaranya ialah yang membawa erti 'Bacalah'(al-Alaq),khabarkanlah'(al-Nisa'), 'Katakanlah' (al-Mukmin), 'Berpesan-pesan' ( al-Ars), 'Dengarkanlah' (al-Maidah), dan lain-lain lagi.
Dari perspektif agama, Islam dilihat sebagai agama yang bersifat mission yang menggesa penganutnya supaya berterusan menyebarkan mesej sama ada kepada rakan-rakan Muslim ataupun kepada bukan muslim. Setiap individu Muslim dianggap komunikator agama atau da'i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar keupayaan masing-masing. Tanggungjawab ini menjadikan tugas komunikasi adalah suatu tugas yang penting malah diperihatkan oleh Rasulallah s.a.w yang menggesa setiap muslim menyampaikan mesej daripada baginda walaupun hanya "satu ayat" . Simbolik keada satu ayat menunjukkan pentingnya kebenaran ajaran agama disampaikan dengan berkesan berdasarkan prinsip-prinsip komunikasi tertentu yang digariskan ole al-Quran dan al-Sunnah.
Beberapa prinsip komunikasi Islam yang dinyatakan dalal al-Quran antaranya firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima)..." dan ayat lain menyebut "Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar)...".
Sebagai sumber tetinggi kepada umat Islam, al-Quran dan al-Sunnah dianggap memebekalkan prinsip dan kaedah komunikasi secara menegak atau vertikal iaitu dengan Allah, dan berkomunikasi secara horizontal iaitu sesama manusia. Jelasnya terdapat dua bentuk hubungan komunikasi dalam ajaran Islam iaitu Hablu min Allah ( hubungan denga Allah) dan hablu min An-nas (hubungan sesama manusia). Penegasan kepada pentingnya mewujudkan komunikasi dengan Allah dibentuk melalui ibadah-ibadah fardhu seperti menunaikan sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Tujuan utama membentuk komunikasi dengan Allah adalah untuk membentuk taqwa iaitu sifat yang sentiasa menguasai perilaku indvidu agar bersikap seolah sepanjang masa.
Selain menjaga dan mengawasi perilau dengan Allah, Islam menekankan agar hubungan sesama manusia perlu diwujudkan agar membentuk hubungan sosial yang disebut sebagai muamalat. Hubungan sesama manusia berlaku delam pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, seni dan sebgainya. Kedua-dua bentuk hubungan ini perlu ada supaya setiap individu Muslim boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan seimbang atau sepadu dari segi jasmani dan rohani.
Kepentingan Komunikasi
Komunikasi adalah satu aktiviti yang dianggap mulia oleh Islam. Malah Allah menyatakan bahawa seseorang yang menggunakan komunikasinya untuk menyerukan orang lain kepada mengesakan Allah, mematuhi perintah Allah dan ia sendiri melakukan kebaikan, orang tersebut adalah dianggap lebih baik perkataanya (ahsana Qaulan). Pada aspek yang lain dalam konteks komunikasi ini merupakan arahan dariapda Allah supaya memberi peringatan dan amaran kepada umat manusia. Arahan ini semakin nyata melalui lisan seagai elemen penting komunikasi yang mana Raslalah s.a.w menuntut supaya melakukan pencegahan terhadap kemungkaran yang dilihatnya.
Kepentingan komunikasi lisan untuk melakukan perubahan dan tegahan dapat diperhatikan kepada Hadis Rasulallah sa.w yang mengklasifikasikan peranan lisan di tempat yang kedua selepas tangan (kuasa). Perkara ini dapat diperhatikan pada hadis yang bermaksud : " Barangsiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaranyang telah berlaku maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika tidak berkuasa, maka dengan lisan, jika tdak berkuasa juga ia mengubah dengan hatinya bagi yang sedemikian selemah-lemah iman".
Sehubungan dengan kepentingan komunikasi ini juga, Muhammad Tahir Asyur menyatakan bahawa bersuara atau menyatakan sesuatu melalui percakapan adalah hak fitrah manusia. Ini adalah kerana pecakapan itu adalah cara yang menjadi gambaran di dalam hati dan terjemahan dalam bentuk bahasa kepada orang lain untuk menyampaikan hasratnya. Manakala Chester I. Barnard melihat komunikasi sebagai jalan apabila manusia dihubungkan dengan bersama-sama dalam organisasi untuk mencapai tujuan bersama. Ini merupakan fungsi dasar komunikasi. Oleh itu, adalah mustahil untuk menjalankan kativiti kumpulan tanpa komnikasi kerana segala penyelarasan dan perubahan tidak dapat memberi kesan yang sebaiknya.
Komunikasi juga boleh digunakan untuk membebaskan atau mengokong, untuk mencipta atau memusnahkan, untuk meperbaiki mutu kehidupan di dunia ini atau untuk melenyapkannya. Di smaping itu, ia membolehkan kita mengenali orang lain dan dikenali oleh mereka. Melalui komunikasi membolehkan kita hidup berkumpulan dan menjadi alat kerjasam dan penyelarasan sosial sejagat. Maka ia adalh satu faktor penting dalam kejayaan ekonomi dan pekerjaan. Melihat kepada kepentingan komunikasi ini, ia adalah satu aktiviti yang dilakukan setiap saat dalam hidup. Untk memuaskan kehendak sosial dan psilogi, manusa perlu berkomunikasi dengan manusia lain untuk melafazkan apa yang ingin diperkatakan atau berkongsi pemikiran, pendapat, rasa dan lain-lain dengan ahli masyarakat di sekelilingnya. Kehendak untuk berkomunikasi ini adalah satu kehendak dasar selagi manusia mahu hidup bermasyarakat.
Jenis-jenis Komunikasi
Menurut Dr. Mohammad Fadhilah Kamsah, dari kaca maa sarjan Islam komunikasi kemanusiaan terbahagai kepada tiga iaitu komunikasi di antara manusia dengan Allah, komunikasi manusia dengan manusia dan komunikasi dengan alam persekitaran. Bagaimanapn ianya juga dibahagi kepada tiga bahagian yang sedikit berbeza. Tiga bahagian tersebut ialah komunikasi dengan pencipta, komunikasi dengan diri sendiri dan komunikasi dengam alam atau makhluk. Secara huraiannya tiga bahagian tersebut dapat diterangkan seperti berikut :
i. Komunikasi dengan pencipta. Iaitu ibadah secara khusus. Setiap individu Muslim wajib mengadakan hubungan terus dengan Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari melalui sembahyang fardu. Ibadah sebagai komnikasi langsung dari hamba kepada penciptanya ini sangatlah penting kerana ia (sembahyang) akan dapat mencegah dariapda melakukan perbuatan-perbuatan buruk dan kemungkaran.
ii. Komunikasi dengan diri sendiri. Ketepatan dan kejelasan adalah amat perlu kerana setiap orang melakukan sesuatu tindakan atau komunikasi dengan pihak luar daripada dirinya, proses komunikasi di dalam diri akan berlaku terlebih dahulu. Antara unsurnya ialah niat dan berfikir. Maka di dlam Islam, faktor niat adalah penting sehingga boleh menentukan sah atau tidaknya perbuatan seseorang. Oleh itu Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niat". Kepentingan niat bukan sahaja atau dalam konteks undang-undang disebut dengan motif menjadi sesuatu perkara yang amat penting dalam pelaksanaan undang-undang bagi memastikan seseorang itu bersalah atau tidak.
iii. Komunikasi dengan alam atau makhluk. Komuikasi ini ialah selain daripada komunikasi engan pencipta dan dengan diri sendiri. Komunikasi peringkat ini berlaku sama ada memberi kesan negatif atau positifnya bergantung rapat kepada sejauh mana ketepatan dan kebenaran proses komunikasi dilakukan pada komunikasi peringkat pertama dan peringkat kedua. Dalam konteks ini Islam mengiktiraf dan menerima segala bentuk peralatan komunikasi moden yang beraneka jenis zaman kini yang menjadi elemen perantara asalkan ia tidak mendatangkan kesan negatif kepada keaslian fitrah manusia yang memerlukan keamanan, kebaikan dan lain-lain. Komunikasi peringkat ini tidak terbatas kepada sesama manusia sahaja malah al-quran menceritakan bahawa Nabi Sulaiman a.s diberi kelebihan bahasa pertuturan dengan burung dan sebagainya.
Bentuk-betuk Komunikasi
Dalam ilmu, komunikasi pada umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.
Komunikasi Lisan
Komunikasi lisan satu proses komunikasi yang melibatkan suara. Berkomunikasi secara lisan lebihmenitikberatkan kepada nada suara, bahasa yang digunakan, kefasihan sebutan dan kelancaran perkataan yanng digunakan. Apabila berkomunikasi secara lisan, bagaimana sesuatu itu sdisampaikan atau diucapkan samalah pentingnya dengan apa yang diucapkan. Maksudnya setiap perkataan yang diucapkan hendaklah sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek muka dan gerak mata. Contoh komunikasi lisan yang sering dilakukan oleh pegawai-pegawai awam ialah layanan urusan melalui telefon, perkhidmatan kaunter, berceramah, taklimat hadiri mesyuarat, bengkel dan ersidangan.
Komunikasi Bukan Lisan
Komunikasi jenis ini tidakmelibatkan suara. Prosesnya adalah secara bertulis, bercetak ataupun melalui penggunaan isyarat, simbol dan pergerakan lain-lain anggta badan. Banyak penulis berpendapat bahawa komunikasi bukan lisan terutamanya yang menggunakan gerakan anggota badan (tangan, badan, ontak mata, dan memek atau air muka) lebih memberi mesej yang bermakna dari perkataan-perkataan yang diucapkan. Sehubungan dengan ini komunikasi jarak, komunikasi melalui pakaian, melalui bau dan lain-lain lagi juga memberi kesan di dalam perhubungan harian indvidu engan masyarakat sekeliling terutamnya di dalam organisasi.
Komunikasi Media
Apabila seseorang menyatakan tentang komunkasi, tentu ada yang teringatkan radio, television, akhbar, buku, foto, ster dan lain-lain lagi yang dikenali sebgai media atau saluran komunikasi. ehadiran media dalam proses komunikasi sanngat penting. Secara amnya media dan saluran adalah benda yang sama kerana dkedua-duanya membawa atau mengandungi mesej untuk disampaikan daripada ihak sumber atau pengeluar kepada pihak penerima. Dalam koteks penulisan media ditakrifkan sebagai alat atau bahan yang mempunyai mesej, maklumat atau pengetahuan yang terbit atau dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan berkomunikasi. Komunikasi bolehlah dikatakan sebagai satu proses perkongsian dan pertukaran makna, aklumat atau mesej antara pihak-pihak yang terlibat.
Prinsip Komunikasi Islam
Asas atau prinsip komunikasi Islam telah diamalkan oleh Rasulalah s.a.w dan para sahabat baginda dalam kehidupan dan menyampaikan risalah. Amalan tersebut perlu dijadikan asas dalam pengurusan petadbiran Islam kerana ia begitu berkesan sekali kepada komnikator dan komunikan. Sekiranya asas-asas tersebut dilaksanakan dengan tepat ia akan mempengaruhi tingkahlaku pekerj-pekerja dalam sesuatu organisasi. Keberkesanannya terbukti apabila Rasulalah s.q.w telah berjaya mempengaruhi dan menguasai masyarakat Badwi seugguhpun pada mulanya mereka bersikap kasar, bengis dan biada. Prinsip-prinsip tersebut antaranya ialah :
i. Bercakap dengan lemah lembut. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui atas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut."
ii. Menggunakan perkataan yang baik-baik sebagaimana frman Allah yang bermaksud :" Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik...".
iii. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik. Firman Alah : "Serulah ke jalan TuhanMu (wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik".
iv. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal dan pandangan. Dalam hal ini Rasulallah s.a.w bersabda : " Berbicaralah kepada manusia menurut akal (kecerdasan) mereka masing-masing".
v. Berbahas dengan cara yang lebih baik. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : " ... dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik ...."
vi. Menyebut perkara yang penting berulang kali. Prinsip ini bersandarkan kepada amalan Rasulallah s.a.w " Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata baginda mengulangi 3 kali sehingga kata-kata difahami".
vii. Mengotakan apa yang dkatakan. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t : " Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kami tidak melakukannya".
Peranan Komunikasi Dalam Kehidupan
Kuminikasi dalam Islam membawa matlamat untuk membawa kesejahteraan kepada seluruh manusia dengan menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang berkesan. Dengan konmunikasi manusia dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan mudah dan komunikasi yang menyeluruh contohnya menggunakan teori komunikasi barat yang digandingkan dengan ajaran Islam yang dapat membawa kesan baik kepada perubahan pembangunan masyarakat dalam melaksanakan kewajipan sebagai khalifah. Akhbar contohnya merupakan medium komunikasi yang mudah mempengaruhi dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Komunikasi adalah alat paling utama untuk berinteraksi dengan tuhan dan mengenal bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain dan apa saja yang berada di sekeliling untuk dipelajari.