Aktiviti


Laman Utama

Menu Utama

Laporan Aktiviti Kelab Komputer

 

  • 22.01.2008 - Perjumpaan pertama bertujuan melantik ajk kelab yang dikendalikan oleh Cikgu Sabri. Perancangan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini juga di bincangkan dalam perjumpaan ini. Semua ahli hadir.

  • 13.02.2008 - Aktiviti kelab hari ini bermula jam 5.00 petang. Cikgu Rauf dan Cikgu Sabri mengendalikan kelab dengan membuat pengenalan kepada komponen komputer. Ahli kelab juga diperkenalkan dengan laman web sekolah. Aktiviti tamat pada jam 6.30 petang.

  • 27.02.2008 - Aktiviti hari ini mengenai bagaimana menghidup dan mematikan komputer dengan cara yang betul dan selamat. Sedikit pengenalan kepada Microsoft Word dan asas menaip dalam Word.

  • 19.03.2008 - Lanjutan aktiviti minggu lepas - fungsi file dalam Microsoft Word seperti New, Open, Save dan Save As.

  • 02.04.2008 - Ahli kelab hari ini belajar menyimpan kerja dalam My Document dan bagaimana bembina folder baru.

  • 16.04.2008 - Ahli diperkenalkan dengan Toolbars dan fungsinya.

  • 30.04.2008 - Memperkenalkan papan kekunci dan fungsi butang yang terdapat pada papan kekunci.

  • 21.05.2008 - Ahli kelab diperkenalkan kepada laman web sekolah dan bagaimana cara mengaksesnya.

  • 11.06.2008 - Hampir 90% ahli kelab hadir pada hari ini. Perjumpaan pada kali ini memberi pengetahuan kepada ahli kelab mengenai paparan skrin dan kawalan 'text size' pada skrin. Pelajar juga ditunjukkan bagaimana cara mengawal tetikus dan papan kekunci.

  • 17.06.2008 - Hari ini Cikgu Rauf mengajar kami, Bazli dan Razi cara-cara mengemas kini halaman kelab komputer. Kami akan cuba mengemas kini sekerap mungkin. 

  • 25.06.2008 - Hari ini Cikgu Sabri dan Cikgu Rauf mengajar kami semua membuat kad ucapan dan kad hari jadi untuk seseorang dengan mengunakan Microsoft Published. 

  • 09.07.2008 - Hari ini Cikgu Sabri mengajar macam mana kami nak dapatkan Internet yang tidak boleh disambung.

  • 23.07.2008 - Hari ini Cikgu Sabri mengajar tentang penulisan surat rasmi dalam program Microsoft Office Word.

  • 06.08.2008 - Hari ini Cikgu Sabri dan Cikgu Rauf mengajar bagaimana cara-cara kita untuk membuat jadual. Kegunaan membuat jadual ialah membuat senarai nama,membuat jadual dan lain-lain.