Navigation

Arnab Jenis Rex

Setiap ciptaan Allah SWT itu ada keistimewaan tersendiri , walaupun ia sekadar seekor arnab, namun jika kita pandai memanafaat dan menguruskannya , si comel ini pun mampu memberi pulangan yang besar. Arnab rex, misalnya, akan menjadi salah satu komoditi ternak paling berprospektif.
 
TIDAK banyak jenis arnab selengkap rex. Baka ini mempunyai variasi warna yang pelbagai, selain itu dagingnya juga amat lazat, sehinggakan banyak restoran dan hotel ternama dipelbagai negara menyajikannya sebagai antara menu pilihan mereka.
 Arnab rex juga sesuai dijadikan haiwan kesayangan, sealiran dengan arnab jurusan angora & lion head.


Yang terlepas dari perhatian banyak orang adalah, kulit dan bulu arnab rex mempunyai nilai tersendiri dipasaran domestik dan antarabangsa bagi penghasilan bahan pembuatan jaket dan aksesoris fesyen lainnya.
   
 
Permintaan kulit bulu arnab rex kian meningkat dari hari ke hari. Langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan aktivis pecinta alamsekitar seperti Green Peace terhadap pemburuan hidupan liar, bagaikan memberi ruang untuk bulu arnab rex mengisi kekosongan itu dalam penghasilan produk bulu binatang ini. 
Potensi inilah yang sekarang perlu disahut oleh peternak-penternak di negara ini. Banyak ahli perniagaan dari Singapura menawarkan pembelian borong terhadap kulit bulu arnab rex ini. Sayangnya, permintaan itu belum dapat dipenuhi akibat keterbatasan jumlah ternakan yang amat sedikit sekarang ini.

Mungkin usahawan tempatan juga boleh mencuba mempelbagaikan penggunaan produk kulit bulu arnab rex ini dalam penghasilan produk fesyen mahupun aksesori penggayaan, mungkin langkah ini bolen menggalakkan lagi para penternak kita menceburi bidang penternakan arnab ini.

Dalam pasaran antarabangsa, kulit bulu dijual pada kadar harga 8-15 USD/lembar. Jika sudah disamak, harganya akan meningkat kepada 18 USD/lembar.

Pasar bulu arnab rex ini sangat luas, dari Eropah, Rusia, Amerika, hingga Asia Utara. Pengeluaran produk kulit bulu arnab yang terbesar, berpusat di Hong Kong, Taiwan, Jepun, dan Korea Selatan.

Pemborong dari Jepun bahkan meminta pengeluaran tetap dari Asia Tenggara sebanyak 20.000 lembar / bulan, dengan harga 8 USD/lembar. Di Barat, mantel eksklusif yang dibuat dari 20-30 lembar kulit arnab rex dijual pada harga 3.000 USD.
 

PicasaWeb Slideshow

 

Harga Jualan Kami