Koleksi Arnab2 Kami
Saya akan menghantarkan gambar2 stok arnab bulanan untuk tatapan ada semua,
Saya merasa bersyukur kerana site ini telah banyak menemukan saya dengan pelanggan2 yang sebelum-sebelum ini.Malahan lebih ramai customer yang terjumpa kami disite ini dari iklan2 kami yang lain yang kami "up" kan diportal2 umum.
Penulisan sites ini hanyalah sekadar memberi info terkini stok bulanan yang ada. Kami jualkan arnab kami sekadar untuk dikongsikan dengan peminat2 arnab yang lain.Namun dasarnya adalah "Pat pat siku lipat, Siapa cepat dialah dapat".
Kami tidak mengambil deposit dari sesiapa, bererti tiada siapa juga akan hilang deposit, cuma keutamaan adalah terhadap pihak yang berkunjung ke kebun kami.
Untuk bulan Feb-09, lebih 50ekor anak2 arnab kami telah berpindah tangan.
Kepada pelanggan-pelanggan kami, terima kasih kerana mendapatkan pet anda dari kami.
Jangan lupa perkara dibawah, jika anda seorang pemelihara arnab yang penyayang.
SELAMAT BERGEMBIRA DENGAN ARNAB ANDA.
Antara Gambar Arnab Yang Dihasilkan Di Kebun Kami
Lilac Lion Head - Hanya RM100 (tetap)
Mengenal Jantina Arnab
| Hubungi Kami :
H/P : 016-6490062 (JOE) SIAPA KAMI ?
Kami hanyalah, sebuah keluarga Melayu Islam yang mengusahakan penternakan arnab secara kecil-kecilan disekitar halaman rumah. Kebun bersebelahan tapak rumah ini dimiliki oleh sJoe & Fauziah (Gee) bersama 5 orang anak-anak.
Saya (Joe) adalah seorang pekerja industri berat (Press Metal Stamping) di Ayer Keroh.
Anak kedua kami adalah seorang OKU telah dikurniakan kepada kami pada tahun 1997, niat penternakan ini adalah untuk memastikan anak kami itu kelak akan boleh berdikari meneruskan usaha kami hari ini tanpa perlu mengharapkan simpati orang-orang lain insyallah.
Nurul Raidah yang lahir pada 13th Feb 1997 menjadi inspirasi kami untuk memulakan aktiviti ini. Walaupun terencat akal (autisma) sejak lahir berserta dengan masalah pendengaran beliau kini mampu mengurus diri dan turut membantu menguruskan pejagaan arnab.
Dengan niat begitulah kami memasang azam untuk menjadikan aktiviti penternakan arnab sebagai kerjaya.
Link-link yang berkaitan:
1-Teknik penternakan arnab ( Pautan Dari Laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia)
TIPS PENTERNAKAN/ MENGURUSKAN ARNAB
MENGAPA ARNAB MENGGIGIT ??
DAGING ARNAB, BAIK UNTUK KESIHATAN
Bandingkan Kadar Protein, Lemak, Kalori Dan Kolestrol Dalam Daging.
Sumber Dari :Wisconsin Meat Facts and Analysis, Fact Sheet ME 87-3, USDA Handbook
FAKTA-FAKTA LAIN MENGENAI ARNAB
|






