GOLDEN VALLEY FARM (OWNED BY RADZIZ RESOURCES SDN BHD)
Lot 743 KM18 Jalan Kuala Krai, 16450 Kota Bharu Kelantan
Tel: 012 9628064 Email: radziz.resources@yahoo.com.my
Tel Aust: +61403248314 (Pengarah Syarikat yang menetap di Australia & menguruskan import Kambing Boer)
|
| MAKLUMAT SEMASA ----------------------------------------------------------------- PROMOSI JUALAN RUNCIT BIRI-BIRI DORPER DI KELANTAN Khas untuk penternak-penternak di Kelantan, kami menawarkan Biri-biri Betina Baka Dorper (Cross) pada harga cuma RM800 seekor. Tawaran terbaik di pasaran sementara stok masih ada. Biri-biri ini bersaiz besar purata 45kg dan telah stabil sepenuhnya. Gambar Dorper kami sedang meragut: PROMOSI JUALAN RUNCIT KAMBING BOER UTK AKIKAH DI KELANTAN Kami sedang mengadakan promosi Kambing Boer untuk akikah. Kambing telah cukup umur dan sihat. Berat purata 35kg. Saiz jauh lebih besar dari kambing kampung jantan. Harga cuma RM510 seekor. Boleh datang lihat kambing tersebut diladang kami. Cepat....kambing akikah termurah di Kelantan. Kami menyediakan khidmat menyembelih, melapah dan memotong dengan bayaran hanya RM40 seekor. Hubungi segera Cikgu Aziz, 012-9628064.
PROMOSI JUALAN BORONG KAMBING AKIKAH DI KELANTAN Kepada penternak-penternak di seluruh Kelantan yang ingin mencari bekalan Kambing Feral Australia untuk akikah sempena cuti sekolah yang akan datang, hubungi kami segera. Belian borong untuk sekurang-kurangnya 5 ekor. Kambing bersaiz besar dengan berat purata 35kg dan dijamin cukup umur. Saiz jauh lebih besar dari kambing kampung jantan. Hubungi kami segera untuk berunding tentang harga. Boleh datang lihat kambing tersebut diladang kami. Cepat....kambing akikah termurah di Kelantan. Hubungi segera Cikgu Aziz, 012-9628064.
PROMOSI JUALAN RUMPUT MINYAK, RUMPUT KUDA DAN RUMPUT NAPIER BERKUALITI
PROMOSI JUALAN KAMBING BOER F4 - Harga Serendah RM790 Bagi membantu mengembangkan penternakan Kambing Boer, khususnya kepada penternak-penternak di Kelantan, pihak kami menjual Kambing Boer F4 pada harga serendah RM790. Harga biasa di pasaran melebihi RM1000 seekor! Harga boleh dirunding bergantung kepada kuantiti yang dibeli. Ini adalah harga terbaik untuk Kambing Boer F4 berkualiti. Carilah dimana-mana, anda sukar untuk mendapat Boer pada harga seperti yang kami tawarkan. Tawaran dilanjutkan sehingga pertengahan bulan September. Buat tempahan sekarang! Siapa cepat dia dapat!
TAWARAN JUALAN ANAK JAMNAPARI CROSS JANTAN Kami mempunyai 4 ekor anak Jamnapari Cross Jantan berusia 8 bulan untuk dijual dengan harga RM600seekor sahaja. Kambing sihat dan cergas. 3 ekor berkepala hitam dan berbadan putih, dan seekor berkepala coklat dan berbadan putih. Amat sesuai dijadikan baka untuk dikacukkan dengan kambing katjang. Saiz tidak terlalu besar (seperti Jamnapari Pure) dan tidak terlalu kecil seperti Katjang Asli. Siapa cepat dia dapat!!!!!!!! ------------------------------------------------------- PENGENALAN Golden Valley Farm memulakan operasinya pada bulan Julai 2006. Ianya bermula dengan sepasang Kambing Jamnapari Pure dari Indonesia dan 50 ekor Kambing Kampung. Bermula dari itu, ianya terus berkembang pesat. Pada masa ini Golden Valley Farm mempunyai 200 ekor kambing dari pelbagai baka, khususnya Kambing Kampung, Kambing Jamnapari, Kambing Boer dan Kambing Anglo Nubian Cross. Golden Valley Farm merupakan satu-satunya ladang di Kelantan dan antara beberapa ladang di Malaysia yang mempunyai Kambing Boer Stud Jantan Fullblood. Golden Valley Farm menyedari bahawa pelanggan mengutamakan harga dan kualiti. Oleh itu, kami mewujudkan laman web ini bagi membolehkan pembeli mendapatkan bekalan terus dari ladang kami tanpa melalui orang tengah. Dengan itu pembeli dijamin mendapat harga terbaik dan baka yang berkualiti. -BAKA BERKUALITI UNTUNG PASTI- Hakcipta Terpelihara Radziz Resources Sdn Bhd Copyright © 2007 Disclaimer: Setiap apa yang ditulis dilaman web ini adalah pandangan peribadi pemilik laman ini. Ini adalah sekadar pandangan/cadangan dari pihak kami untuk membantu penternak. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami oleh Tuan/Puan disebabkan oleh keputusan yang dibuat berdasarkan pandangan/cadangan kami di laman web ini. |









