Selamat Datang Ada yang berkata..... tak merokok pun boleh kena penyakit juga, boleh mati juga!
Ya, ada terlalu banyak sebab untuk
mati dan kita juga boleh mati tanpa sebarang sebab. Sememangnya apa jua
yang wujud di dunia ini akan berakhir, hanya Allah yang kekal. Tetapi
adakah kita dijadikan untuk mati? TENTUNYA TIDAK!
Kita hanya diberikan sedikit masa
di dunia ini. Dalam perjalanan hidup yang singkat ini kita ingin
melakukan banyak perkara. Adakah merosakkan diri sendiri salah satu
darinya?
Barah dan sakit jantung boleh
menyerang semua. Bukan saja akibat merokok tetapi juga berpunca dari
pemakanan yang tidak seimbang. Walaubagaimanapun, seorang perokok lebih
mudah diserang penyakit-penyakit tersebut. Ambil datuk saya sahaja sebagai
contoh dimana datuk saya telah menghadapi masalah jantung pada usia 40 tahun,
manakala seorang bapa saudara saya yang tidak merokok hanya
mengalaminya pada usia 50 tahun.
Ini bermakna, seorang perokok
seperti datuk saya telah mendapat penyakit jantung 10 tahun lebih awal dari
yang tidak merokok. Kini telah lebih 2 tahun datuk saya berhenti merokok, masalah jantungnya tiada lagi dan beliau merasakan nikmat hidup tanpa rokok.
Kenapa perlu berhenti merokok?
Tembakau dari rokok mengandungi
lebih 4,000 kimia, kebanyakannya beracun. Nikotin menambahkan tekanan
darah, memaksa jantung bekerja lebih keras. Karbon Monoxide menjadikan
jantung anda bergerak lebih cepat dan mengambilalih oksigen dalam
darah. Tar di dalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan
barah. Merokok boleh menyebabkan saluran jantung (artery) tersumbat yang
boleh menyebabkan serangan sakit jantung. Perokok mempunyai 70% risiko
kematian akibat sakit jantung berbanding dengan yang tidak merokok.
Di Malaysia, 4.6 juta rakyatnya
adalah perokok. Perangkaan menunjukan kes sakit paru-paru di Malaysia
bertambah 17% setahun dan setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati
akibat penyakit yang berpunca dari merokok setiap tahun. Adakah anda
bakal seorang darinya?
Cubalah berhenti merokok sekarang juga kerana:
Risiko serangan sakit jantung hanya berkurangan selepas setahun anda berhenti merokok.
Setelah 2 hingga 6 tahun berhenti merokok, risiko diserang sakit jantung anda berkurangan sama seperti anda tidak merokok
Jika anda menghisap sekotak rokok 20 batang yang berharga RM8.00 sehari, setahun anda boleh menjimatkan RM2880.00
Apa yang anda sedut? |

boleh diperbaiki lagi