Assalamualaikum Wrt Wbtt,
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُواْ إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنْ اللّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَآؤُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُواْ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللّهِ وَيَقْتُلُونَ الأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ
Melihatkan kepada keperluan yang sangat dicari oleh segenap lapisan masyarakat, kami dengan penuh rasa tanggungjawab memulakan satu evolusi cara hidup yang menjadi wadah kecil kepada sebuah masyarakat yang besar melalui sistem Kebudayaan Islam. Moga-moga dengan permulaan yang kecil ini sudah cukup membentuk satu model dalam mewujudkan satu suasana dan cara hidup yang sihat di tengah masyarakat umum.
I-Events adalah hasil daripada himpunan individu-individu muslim yang memiliki jiwa raga yang bercita-cita untuk merealisasikan cara hidup berTuhan sebagai asas dan panduan kehidupan dan bermasyarakat. Bermula dari sini, I-Events mengorak langkah seawal tahun 1996 di Kluang, Johor (yang sebelumnya dikenali sebagai Diwani Creative) sebagai sebuah syarikat pengiklanan Bumiputera Muslim.
I-Events, bukan sekadar sebuah syarikat komersial malah ia merupakan tanggungjawab Fardhu Kifayah yang mesti dibangunkan untuk memberi peluang dan ruang kepada masyarakat untuk mengetahui, menghayati dan melaksanakan cara hidup yang positif melalui kebudayaan Islam.
LIMA SYARAT IBADAH:
Niat yang betul – kerana dan untuk Tuhan
Perkara tersebut tepat dengan kehendak Tuhan
Perlaksanaannya pula tepat dengan kehendak Tuhan
Hasil yang betul dan baik (menurut penilaian Tuhan)
Tidak meninggalkan perkara yang asas dalam Syariat Tuhan
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Mengeluarkan Produk Pendidikan & Hiburan Islam
- Perkhidmatan Studio Rakaman & Video
- Kursus Vocal & Percussion
- Kursus Motivasi, Kem Ibadah & Rehlah
- Kumpulan Kompang & Selawat
- Jingle & Commercial
- Teater
- Seni Kreatif
-Percetakan & Pengiklanan
-Membekal Peralatan Muzik (percussion)
-Sewaan Sound System & Lighting System Equipment
___________________________________________________________________________________
Pengurusan Acara & Artis
Antara aktiviti dan acara Kebudayaan Islam yang dijalankan:
Konsert Kebudayaan Islam
Konsert Amal
Teater Muzikal Islam
Dinner Show
-
Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam
- Persembahan di Walimatul Urus dll
Antara artis yang dilibatkan di dalam acara Kebudayaan Islam:
Mel (Wings)
Hasnul (Diwani)
Kumpulan Teater Mutiara
Irfan (kumpulan nasyid putera)
Haura' (kumpulan nasyid puteri)
Nazri (Raihan) dan kumpulan-kumpulan nasyid lain.
Wahid (Senario) dll.
* Quotation disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Penghasilan Produk Pendidikan dan Hiburan Islam
Album 'Satu Cinta'- Hasnul
Mengandungi 11 buah lagu yang membawa berbagai maksud dan nasihat dalam menjalani kehidupan dan tepat dalam berperasaan terhadap Tuhan dan Perbuatan-Nya. Menampilkan lagu Hit 'Di Hening Malam' yang dipopularkan menerusi album Diwani pertama 'Jalan Yang Satu'.
Album ini dipasarkan sejak dua bulan yang lalu. Ia menggabungkan elemen muzik world dan pop. Juga turut menampilkan tiga buah lagu Arab. Lagu 'Satu Cinta' dan 'Kasih Kerana Tuhan' merupakan dua buah lagu yang sedang popular di IKIM.fm. Antara lain, lagu Mukmin Sejati, Hati Mukmin, Cari jodoh, Bila Semua Bertaqwa, Anak Adalah Aset, Istajib Dua'ana, Anta Ya Rahman dan Ya Ahbab Eddunya turut memberi input yang banyak kepada pendengarnya.
Album 'Dunia Baru'- Mel
Album yang bagai mencoret kembali perjalanan hidup penyanyinya, Mel hingga membawa kepada satu titik pertemuan yang mengubah cara hidupnya. Mel ingin berkongsi bersama pendengar dalam menghayati alunan nasihat yang digarap indah di dalam sepuluh buah lagu melalui album ini.
Album 'Peribadi Contoh'- Haura'
Sebuah
album yang digarap khas menceritakan kisah teladan individu bertaqwa
di zaman Sahabat, Tabiin dan pejuang-pejuang kebenaran sebagai ikutan
dan rujukan remaja dalam mencari halatuju.
Album Arab 'Munaya'
Sebuah
album Arab yang menggabungkan beberapa artis nasyid terkanal tanahair
seperti Mel (Wings), Hasnul (Diwani), Qathrunnada.
Amalan Salafussoleh- Hasnul
Himpunan bacaan Selawat, Doa, Zikir, Munajat dan Istighasah.
Terima Kasih Tuhan 1 (Siri Pendidikan Pra Sekolah)
Terima Kasih Tuhan 2 (Siri Pendidikan Pra Sekolah) dll.
_____________________________________________________________________________________
Perkhidmatan Studio Rakaman & Video
Sewaan studio bagi menjalankan rakaman album, commercial jingle, suara latar dll.
Sewaan Video Kamera bagi majlis-majlis keramaian, video editing.
Video Korporat, Klip Video dll.
* Quotation disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Kursus vokal dan percussion adalah diantara yang disediakan di Akademi Seni & Budaya Ikhwan (ASBI) merupakan sebuah institusi yang memberi kursus dan latihan kepada remaja khusus dalam bidang kebudayaan dan hiburan Islam. I-Events bertanggungjawab memastikan perjalanan kursus praktikal ini berjalan dengan lancar disamping melayani permintaan yang tinggi di luar daripada ASBI.
Irfan dan Haura' adalah di antara pelapis yang telah mula diketengahkan bagi memeriahkan lagi dunia hiburan Islam. Mereka merupakan tenaga pengajar pelatih yang sedang giat menjalankan kursus sebegini di tengah masyarakat khususnya di institusi-institusi pengajian tempatan dan luar negara termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand. Namun objektif dari kegiatan ini bukanlah semata-mata mengasah bakat mereka tetapi untuk membuka fikiran dan jiwa mereka terhadap apa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa supaya lebih peka dan pandai membuat keputusan serta menyelesaikan masalah berdasarkan ilmu yang berpaksikan Tuhan sepertimana yang dipelajari di ASBI.
* Quotation dan modul disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Kursus Motivasi, Kem Ibadah & Rehlah
Pendidikan merupakan nadi bagi satu-satu masyarakat dan negara. Ia merupakan penentu arah tuju sesuatu bangsa, negara dan seterusnya masyarakat antarabangsa umumnya.
I-Events tidak ketinggalan untuk turut menyumbang dalam menjayakan program bina insan dan menyediakan modul-modul yang sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat. Program-program motivasi, kem ibadah, rehlah dan ziarah merupakan pendekatan yang terbaik dalam membantu menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu. Apatah lagi program-program sebegini dimeriahkan dan diindahkan dengan iringan lagu dan muzik yang sangat menyentuh perasaan dan Insyaallah mampu mencetuskan suatu suasana yang diperlukan dalam satu-satu program motivasi.
*
Quotation & Modul disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Tahlil, Berzanji & Marhaban
Penglibatan I-Events dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan tidak terbatas dengan motivasi, rehlah, ziarah, aktiviti-aktiviti kebudayaan dan hiburan Islam malah mencakupi majlis-majlis ibadah khusus seperti Tahlil, Berzanji dan Marhaban. Mungkin, bagi sesiapa yang inginkan keunikan dan kelainan melalui majlis-majlis ibadah yang diterajui oleh para remaja kami, jangan lupa untuk menghubungi mereka.
____________________________________________________________________________________
Kumpulan Kompang & Selawat
Persembahan Kebudayaan Melayu tidak ditinggalkan asalkan ia masih berada di landasan yang tepat dengan syariat Tuhan. Majlis perkahwinan akan lebih ceria dengan berkumandangnya Selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW sambil diiringin paluan kompang.
*
Quotation disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Jingle & Commercial
Menceburi bidang komersial yang melibatkan pengiklanan di televisyen adalah suatu yang tidak kurang sukar juga cabarannya. Lagu, intro, muzik iringan, sound effect, jingle, voice over dan sebagainya. I-Events akan memberikan yang terbaik bagi tujuan ini setelah berpengalaman berkecimpung di dalam bidang ini melebihi sepuluh tahun dengan kerjasama dengan professional di bidang ini.
*
Quotation disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Seni Kreatif
I-Events
mempunyai tenaga yang cukup mahir dalam mengendalikan produk-produk
yang berasaskan seni samada secara manual (menggunakan tangan)
mahupun secara berkomputer. Selain produk-produk seni seperti Khat
Arab, kerawang, animasi, karikatur, konsep, hiasan dinding berasaskan
tembaga dan berasaskan pasir turut diperkenalkan.
*
Quotation disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Teater & Drama
Peminat teater tidak ketinggalan untuk memperolehi pelbagai input bernuansa Islam melalui persembahan Kumpulan Teater Mutiara yang telah menampilkan lebih daripada sepuluh tajuk teater. Di antaranya, Taman Ramadhan, Alam Barzakh, Kemuliaan Tuan Zamani, Kerajaan Diri – Dadah, Untuk-Mu Rasulullah SAW dan sebagainya.
Selain para pelakon yang berwibawa, dengan bantuan voice over, paparan multimedia, sound effect, Prop, muzik dan terutamanya skrip yang baik, sudah cukup menyentuh hati sanubari untuk kembali kepada fitrah semulajadi.
*
Quotation dan kertaskerja disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Percetakan & Pengiklanan
Menawarkan khidmat membuat:
Cenderahati
Banner
Bunting
Signboard
Silk Screen Printing
- T-Shirt
- Konsep Korporat (baju, tapi dll)
- Business Card
- Digital Printing
*
Quotation disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Membekalkan Peralatan Muzik (Percussion)
Sukar untuk mendapatkan beberapa jenis peralatan muzik khususnya daripada Timur Tengah adalah di antara masalah yang sering dihadapi oleh individu-individu, para penasyid, peminat muzik (yang diharuskan oleh Islam) dan sesiapa sahaja. Pihak kami mengambil inisiatif membekalkan peralatan muzik samada secara berpakej atau mengikut kehendak pelanggan yang berbagai citarasa. Buat masa ini, pihak kami telah membekalkan peralatan muzik di beberapa buah sekolah menengah dan rendah, orang perseorangan, individu berkumpulan dan sebagainya.
Antara peralatan muzik yang dibekalkan :
*
Quotation disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Sewaan Sound System & Lighting System Equipment
Perkhidmatan
ini merangkumi semua jenis aktiviti indoor atau outdoor
mengikut keperluan program dan bilangan pengunjung yang hadir. Tidak
hanya untuk acara-acara kecil malah berkemampuan menerajui acara Mega
dan Gala bertahap antarabangsa.
* Quotation disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
Multimedia & Elektronik
Jualan Komputer & Aksesori
Pemasangan & Servis Komputer
Graphic Designing & Pembinaan Laman Web
ArchiCAD (Melukis Pelan Pembinaan)
Penyediaan Bahan Islamic Multimedia
* Quotation disediakan mengikut permintaan.
____________________________________________________________________________________
VISI
Pihak kami berusaha untuk menganjurkan apa jua aktiviti dan berkerjasama dengan mana-mana badan kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO) dalam menjayakan seberapa banyak persembahan kebudayaan yang bernuansa Islam bagi mempromosi cara hidup sihat hanyalah bermula daripada mencintai Tuhan dan Takut kepada-Nya.
_______________________________________________________________________________
MISI
Membina generasi yang kuat jiwa dan bercita-cita tinggi dalam memeriahkan Syiar Tuhan dan Syariat-Nya melalui pendidikan transit yang amat berkesan iaitu melalui kebudayaan dan hiburan Islam.
_______________________________________________________________________
MATLAMAT
Menjadi alternatif & seterusnya menjadi model hiburan & Kebudayaan Islam
Memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
_______________________________________________________________________
RAKAN KORPORAT
01. Mutiara Edutainment
02. KEKKWA
03. Batu Giling Production Sdn. Bhd
04. Poliklinik Ikhwan
05. Wisma Bersalin Ikhwan
06. Skylab Pusat Rawatan Alternatif
Ikhwan
07. ToCreate Sdn. Bhd.
08. Butik Titisan Embun
09. Regal Travel Sdn. Bhd.
10. Nada Records Sdn. Bhd.
11. Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan
Perubatan Malaysia
12. Harith Al-Harras Homestay
13. Kafeteria Ikhwan
14. Anak Soleh Production Sdn. Bhd.
15. One Art Production
16. Pusat Khidmat Ikhwan
17. Kedai Perabot Ikhwan
18. Pasaraya Ikhwan
19. Pasaraya Islam Hadhari
20. Nur Effendy Production Sdn Bhd.
21. Akademi Seni & Budaya Ikhwan
(ASBI)
22. Darul Quran As Syarifah Al
Jamalullail
23. El-Ikhwan Services
24. D'Rasa Catering
25. Rumah Amal Limpahan Kasih
26. D'Mawar Catering Cafe'
27. UniKL – MIMET, Lumut, Perak.
28. Spectral Technology Sdn. Bhd.
_______________________________________________________________________
PROFAIL
COMPANY NAME : I EVENTS SERVICES & MANAGEMENT
REGISTRATION NO. : 001724793-K
ADDRESS : 27-2 USJ, 1/1A, Regalia Business Centre,
Taman Subang Mewah,
47000 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
BUSINESS TYPE : Islamic Events, Entertainment, Education,
Production House & Event Services
CONTACT INFORMATION
Fax : 603 6733 1716
Mobile : 6013 399 0877
E-mail : I.events.s.m@gmail.com
NUMBER OF EMPLOYEES : 25
COMPANY
WEBSITE : http://i.events.s.m.googlepages.com
BRANCHES :
1.
I EVENTS SERVICES & MANAGEMENT
No. 17, Jalan Desa 6/4,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
E-mail: iklansmart@gmail.com
2.
I EVENTS SERVICES & MANAGEMENT
No. 3A, Jalan Rapat Bistari 1,
Taman Rapat Bistari,
31350 Ipoh, Perak Darul Ridhuan,
Malaysia
E-mail: iklansmart@yahoo.com
3.
I EVENTS SERVICES & MANAGEMENT
No. 11, Pasar Awam Permas,
82300 Kukup, Pontian,
Johor Darul Takzim,
Malaysia.
Ph:+60127517764
4.
I EVENTS (Australia)
No. 28, Salesian Court,
Queens Park, 6107,
Perth,
Western Australia.
Ph:+61415547235
E-mail: zailani@bigpond.com
5.
Ikhwan Events (Indonesia)
Plaza Niaga 2
E-9, E-15, E-17
Jl. MH. Thamrin, Sentul City,
Bogor – Indonesia.
Ph:+6281927613396 (Mujiburrizal)
6.
I Events (Brunei)
Jalan Kota Batu,
Mukim Kota Batu BD3317,
Negara Brunei Darussalam.
Ph:+67389012289 (Sakinah)
_____________________________________________________________________________________________________
PENTADBIRAN
Penasihat 1 : Hj. Zulkifli Abdul Razak (M.A)
(Penerbit, Komposer, Pensyarah Muzik)
Penasihat 2 : Pn. Umaimah Binti
Pengurus Besar : En. Hasnul Jamal Bin Hj. Sulaiman (B.A. Hons)
(Artis & Motivator)
Pengurus : En. Zainudin Bin Arsat
(Penerbit & Komposer)
S.U. Kerja 1 : En. Abu Hurairah Bin Roslan
(Penerbit & Komposer)
S.U. Kerja 2 : Pn. Siti Fatimah Binti Marteen
(Penerbit & Komposer)
Kewangan & Kebajikan : En. Md. Nur Bin Hamdan
(Pegawai Teknikal)
Perhubungan & Pemasaran : En. Rizal Bin Rosli
(Pensyarah Muzik)
Petugas:
En. Saiful Nizam Bin Abu Bakar
(Pengarah Teater & Skrip)
En. Zahrul Adzmi Md Saleh
(Pengurus Pengangkutan)
En. Muhammad Nur Mujahid Bin Nasir
(Jurulatih Muzik - Percussion)
En. Muhammad Rafiq Bin Hashim
(Pegawai Teknikal & Jurulatih Vokal)
En. Muhammad Jabir Bin Salim
(Pereka Grafik & Vokalis Irfan)
En. Suhaimi Bin Abu Bakar
(Vokalis Irfan)
En. Muhammad Taha Suhaimi Bin Yusuf
(Video Editor & Juru Kamera)
En. Samuel Abdul Razak Bin Zulkifli
(Jurulatih Muzik – Keyboard & Video Editor)
En. Muhammad Masa'ab Bin Raihan
(Penyelenggara Kenderaan & Pemuzik Irfan)
En. Muhammad Zam'ah Bin Saet
(Pereka Gerak Tari & Pegawai Teknikal)















