status

Battlecraft copyright (c) HARISzzz 2009
Hakcipta terpelihara. Segala ilustrasi dan penulisan di dalam laman web ini adalah hak milik pengkaryanya iaitu HARISzzz di mana tiada siapa pun dibenarkan untuk menerbitkan mana-mana kandungan laman web ini ke dalam bentuk atau format apa sekali pun tanpa mendapatkan kebenaran beliau. Cerita Battlecraft adalah rekaan semata-mata di mana jalan cerita, seni rekaan dan ilustrasi karektor adalah tiada kaitan dengan individu yang hidup atau yang telah mati. Jika ada persamaan pada mana-mana bahagian ia adalah satu kebetulan dan tidak disengajakan. kerjasama dan sokongan anda amat dihargai.

Webkomik


Tentera Mitos (Battlecraft)

           Manusia di galaksi Indera Sakti hidup di bawah pemerintahan kejam sebuah spesies makhluk mekanikal yang sangat maju bernama Gran Amerian. Spesies manusia dipecahkan kepada tiga koloni dan mereka diletakkan di tiga buah sistem planet yang berasingan supaya manusia boleh mendapatkan logam galian setiap planet untuk diserahkan kepada kerajaan pemerintah setiap sepuluh tahun bumi.

           Manusia dari Koloni Santrum terkenal dengan sebuah kisah mitos mengenai sebuah batalion tentera yang gagah perkasa dan dikatakan mampu menggulingkan kerajaan pemerintah galaksi. Kisah mitos orang Santrum itu cuba direalisasikan oleh sebuah 'kumpulan bawah tanah' yang dinamakan Rebelius. Gran Amerian dengan murka mengarahkan angkatan tentera dari koloni Talris supaya menjajah koloni Santrum dan mematahkan penyebaran Kisah mitos itu. Manusia dari koloni Zenth yang mementingkan harta dan kekayaan menubuhkan UGNSF (united Galactic Nation Star Force) untuk memelihara keamanan tamadun manusia di galaksi ini.

           Razien seorang pendekar muda UGNSF bertindak mempertahankan sebuah kampung nomad Orang Santrum yang didakwa menyembunyikan kumpulan Rebelius. Tindakkan Razien telah mencetuskan perang besar yang bakal mengancam seluruh spesies manusia di galaksi indera sakti.

 

Episod 1- coming soon