Kelab Doktor Muda SJK Chung Hua Miri ditubuhkan pada 23 April 2005. Program ini di bawah naungan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri dengan Pejabat Pelajaran Gabungan Miri. Ahli kelab ini terdiri daripada 90 orang murid dan 4 orang guru pembimbing.
OBJEKTIF KELAB DOKTOR MUDA
- Memupuk sikap dan bertingkahlaku sihat.
- Menjadi pendorong kepada murid lain supaya menjaga kebersihan diri dan bersikap positif
- Sebagai agen untuk mempromosikan sikap dan tingkah laku cara hidup di kalangan anggota keluarga di rumah.
- Membantu guru dan anggota kesihatan, semasa pasukan kesihatan mengadakan rawatan dan lawatan.
|
|